Wafat-nya Fatimah Zahra as

E-mailPrintPDF

Zahra, Bonda segala kemaksuman. Zahra, adalah cermin kesucian. Zahra, air sucinya Kauthar. Wahai yang sentiasa mengalir! Wahai musim semi yang singkat! Wahai hujannya wahyu! Aku kehairanan dengan makam tinggimu yang menghasilkan maknawiyat; memerlukan renungan di pangkuanmu. Kerana akar tunggalnya makrifat adalah dari rumah sucimu. Dunia fana ini tidak layak menerimamu menjadi tetamunya. Kamu yang mencerminkan kelukaan, musibah, keseorangan atas peninggalan Ayahanda. Kamu meninggalkan rumah yang umpama pelukan syurga AyahandaMu dengan rusukmu yang patah berdarah.

Kewujudan suci Fatimah Alaihas Salam bukan hanya satu pemikiran atau bayangan sebuah hakikat kehidupan. Bahkan sebuah tajassum aini dan hidup dari barkahnya Tuhan atas manusia. Jika Hadrati Zahra sa. tidak hadir di alam dunia ini nescaya alam kekosongan nikmat dan barakah. Nescaya akan tercari-cari contoh pedoman sebagai ikutan. Alam sebelum ini memiliki nikmat muqadas dan pedoman bagi wanita dengan wujudnya wanita-wanita suci seperti Hadrati Maryam sa. dan Hadrati Asiah sa. yang setiapnya memiliki kesucian, kepintaran dan kesetiaan. Namun, setelah berakhir zaman mereka, dengan kewujudan Hadrati Zahra sa., alam menemui kembali manusia sempurna. Sebuah contoh pedoman sempurna, nan sentiasa hidup dan berkekalan.

Hadrati Zahra sa. menyembunyikan keadaan jasmani dan ruhani. Selepas siri peristiwa pahit yang berlaku, dengan segala wujudnya rahsia yang terpaksa dipendam Amirul Mukiminin as: akhirnya, berita keadaan tenat tersebar ke seluruh Madinah. Setiap isi rumah kini mengetahuinya.

Diriwayatkan bahawa Fatimah tidak pernah merungut tentang sakit susah baginda bahkan jika dilihat situasi baginda tersebut, ternyata bonda kita tidak ada lagi harapan untuk kembali pulih. Bahkan episod serangan ke atas rumahnya telah menyebabkan patah tulang rusuk, dan gugurnya Muhsin as. Segalanya menyebabkan ombak kesakitan dan luka yang di alami baginda bertambah parah hari demi hari. Menjadi sebab kesyahidan baginda sa.

Disamping peristiwa perit tersebut, tekanan perpisahan daripada Ayahanda saww seraya tangisan berterusan baginda menokok keadaan baginda bertambah parah.

Faktor-faktor kezaliman, kebengisan, kebaculan sebahagian umat Islam serta ketidak seimbangan sistem politik menjadi punca. Perlakuan umat yang cenderung kepada keadaan jahiliyah menambah siksa dan derita Fatimah sa. Matahari wujudnya wanita hebat dan suci ini semakin terbenam ke arah ufuq Barat detik demi detik.

Hari-hari Terakhir Permata Bersinar Di Dunia Ini

Pemimpin wanita ini; dalam tidur, dalam mimpi, telah menemui ketenangan kala melihat Ayahandanya. Kita tidak tahu, hanya Tuhan yang tahu, mungkin ini adalah yang pertama dan terakhir baginda melihat Ayahanda saww tercinta di dalam mimpi. Baginda di dalam mimpi, menziarahi Ayahanda saww dari sebuah pintu putih di sebuah istana penuh megah. Ketika mata indah Rasulullah saww. jatuh pada keindahan wajah suci puterinya, maka Baginda saww. pun menyeru :

Puteri kesayanganku! Fatimah sayangku! Bergegaslah ke sisiku di mana aku merindukan pertemuan denganmu.

Fatimah sa menjawab:

Ayahku tercinta! Demi Allah bahawa Aku lebih merindukan pertemuan denganMu.

Rasulullah saww. bersabda :

Fatimahku sayang! Berita baik untukmu, malam ini kau akan datang ke sisiku.

Fatimah sa. bangun dari tidur lenanya dan kini bersedia untuk berhijrah ke dunia malakuti. Ini adalah kerana di dalam alam mimpi baginda telah mendengar daripada Ayahnya saww. sendiri dan baginda masih ingat bahawa Rasul saww. telah bersabda :

Barang siapa melihatku di dalam mimpi, tidak syak lagi bahawa dia telah melihatku; ini adalah kerana tidak ada walau seorang yang dapat menyerupai wajah bercahaya Rasulullah saww.

Sebahagian Daripada Wasiat Hadrati Zahra sa.

Fatimah sa. telah berkata: Tuhan yang Maha Penyayang telah mengurniakan pahala yang terbaik. Kemudian baginda melanjutkan: Ali tercinta! Wasiatku yang pertama adalah selepas pemergianku, kahwinilah puteri saudara perempuanku ((Amamah)), kerana dia akan menyayangi anak-anakku seperti ibu mereka sendiri, dan kamu juga pasti memerlukan seorang isteri bagi menguruskan urusan rumah tangga.

Kemudian beliau menambah: Wasiat lainku atasmu adalah tidak sesekali membenarkan orang yang menzalimiku, orang yang mengambil hakku hadir dalam pengurusan jenazahku, kerana sesungguhnya mereka adalah musuhku dan musuhnya Rasulullah. Dan tidak sesekali kau benarkan seorang pun daripada mereka atau pengikut-pengikut mereka menyembahyangkanku. Aku memohon supaya mengebumikanku pada malam hari – ketika mata-mata tertutup tenang dan tidur.

Benar, baginda telah mewasiatkan badan sucinya dimandikan pada malam hari, pada malam hari baginda dikafankan, pada malam hari yang terasing baginda disembahyangkan, dan pada gelap pekat malam dalam keadaan tersembunyi dan tidak diketahui baginda pun dimakamkan.

Baginda juga mewasiatkan hanya orang yang mempunyai kelayakan dan jujur, hanya kata hati mereka yang masih belum terpesong dari hak dan tidak dikotori berhak mendatangi jenazah baginda. Mereka yang menyembah dunia, dan menjadi pengikut kegelapan, tidak berhak hadir dalam majlis pengurusan jenazah baginda.

Akhirnya Fatimah sa. mengucapkan Selamat Tinggal Dunia

Fatimah puteri Rasul saww. telah meminta supaya tempat perbaringannya diletakkan di tengah bilik dan baginda menguruskan urusan rumah, menyediakan makanan untuk anak-anak dan membersihkan dirinya, setelah itu baginda tenang menghadap ke arah qiblat. Tangan sucinya diletakkan ke atas wajah nan bercahaya.

Sebahagian riwayat menyatakan bahawa baginda telah menghantar kedua puteri kesayangannya ke rumah salah seorang dari Bani Hashim supaya mereka tidak melihat detik-detik ibu tercinta diambil ruhnya. Jelas perkara ini dilakukan atas sebab kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya; supaya mereka tidak terjejas luka dengan melihat kewafatan ibu. Supaya anak-anaknya tidak tersentuh hati ekoran badannya mendingin. Tidak terkesan atas perpisahan dengan ibu yang dikasihi.

Riwayat lain mengatakan bahawa Amirul Mukminin as. yang diiringi Hasan dan Husain as. pada detik perpisahan terakhir itu, tidak ada di rumah. Diriwayatkan baginda dan anak-anaknya terdapat pekerjaan khusus. Hanya Asma’ berada disisi Fatimah sa. dan mengikut sebahagian riwayat lain Fidzah juga berada disisinya ketika itu.

Akhirnya tiba detik-detik terakhir, dan mengikut syarat-syarat terbangnya ruh malakuti juga kini telah sampai. Langsir kebendaan kini telah terselak dan baginda memandang dengan pasak fikir, ke arah sekelilingnya dan berkata:

Salam ke atas malaikat wahyu! Salam ke atas Rasulullah! Ya Allah, Aku memohon supaya bangkitkan aku bersama RasulMu dan tenggelamkan daku dalam kecintaan dan kasih sayangMu dan berikan perlindungan serta rahmat-Mu kepadaku.

Kemudian Beliau sa. berkata :

Adakah apa yang aku sedang lihat, kamu juga melihatnya?

Mereka bertanya: Memangnya apa yang kamu lihat?

Berkata sa. :

Ini adalah gerombolan Malaikat langit, dan ini juga malaikat wahyu. Itu adalah Ayahandaku Rasulullah yang bersabda: Puteriku! Bergegaslah ke sisiku dimana apa yang engkau miliki di sisi kami lebih baik dari dunia berserta isinya.

Beberapa saat kemudian, beliau membuka matanya dan berkata: salam atasmu wahai pencabut nyawa dengan izin Allah, ambillah ruhku secepatnya dari badan ini!

Kemudian beliau bersabda:

(( aku sedang menuju kepada-Mu wahai Tuhanku! Tidak kepada api))

Kemudian kelopak matanya ditutup, tangan dan kakinya dilunjurkan dan akhirnya kesakitan dan keperitan dunia mengucapkan selamat tinggal kepada bunga wanginya Rasul saw.

Hati Asma’ hancur luluh, dan dia merebahkan badannya ke atas Fatimah dan mencium badan baginda lantas berkata: Tuanku! Fatimah sa. tercinta! Ketika engkau bertemu dengan Ayahmu saww., sampaikan salam ikhlasku kepadanya.

Ketika detik duka itu juga, kedua-dua anak Fatimah sa. masuk ke dalam rumah, dan mereka melihat ibunda tercinta terbaring dalam keadaan mengadap ke arah Qiblat dan mereka pun berkata kepada Asma’: Asma’, ibunda kesayangan kami pada waktu siang tidak pernah tidur, tapi kenapa sekarang baginda sedang tidur?

Asma’ pun menjawab dan berkata: Wahai putera-putera kesayangan Rasul saww ibunda kamu berdua tidak tidur tetapi sebenarnya pergi bertemu dengan Tuhannya.

Dengan khabar yang menyedihkan ini, Hasan as. merebahkan dirinya ke atas badan suci iIbunya dan mencium-cium kaki bonda tercinta sambil berkata :

Ibundaku tercinta! Bercakaplah denganku sebelum nyawaku keluar dari badan ini;

Dan begitu juga Husain as. mencium kedua kaki ibunya dan berkata: Ibunda kesayanganku! Aku adalah puteramu Husain. Ibu tercinta, bercakaplah denganku sebelum denyutan jantungku berhenti. Dek kesedihan yang melampau hatiku akan hancur.

Asma’ berkata kepada mereka: Kekasihku! Pergilah kepada ayah kamu, dan beritakan keadaan ibunda kamu kepadaNya.

Mereka keluar dari rumah dan ketika semakin hampir dengan Masjid Rasul saww. untuk memberitakan khabar menyedihkan kepada ayah, kesabaran mereka kini telah tamat. Kedengaran suara tangisan mereka, manusia yang ada di sekeliling mereka pun berkumpul dan bertanyakan punca tangisan tersebut. Mereka pun menjawab: Ibunda kesayangan kami, Fatimah tercinta sa, telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini.

Amirul Mukminin as. kala mendengar khabar berat ini merebahkan wajahnya ke tanah dan berkata:

“Wahai Zahraku Tercinta! Selepas kesedihan besar kehilangan ayahmu, hati ini sekarang dengan apa akan menemui ketenangan?” Amirul Mukminin as. selepas kata-kata dan ucapan duka yang lain pun bangun. Menuju ke arah rumahnya, ketika mata Imam as. melihat ke arah badan tanpa nyawanya Fatimah sa, disebabkan kesedihan yang tersangat Imam as. pun terjatuh ke lantai.

Ketika ini, Imam Ali as. telah menyelak kain yang berada di atas wajah Fatimah sa. dan Imam as. telah menemui sepucuk surat disisi baginda yang telah tertulis: “Aliku tercinta! Aku Fatimah, puteri Rasul saww., Tuhan Yang Esa telah memilihku sebagai isterimu supaya aku berada disisimu di dunia ini dan juga dunia selepas ini, kamu adalah yang paling penyayang kepadaku, oleh sebab itu aku memohon daripadamu supaya aku dimandikan dan dikafankan pada malam hari, dan menyembahyangkanku serta mengebumikanku. Dan jangan sesekali membenarkan mereka yang telah menzalimiku hadir dalam pengurusan jenazahku ini. Aku melepaskanmu kepada Tuhan, sampaikan salam sayangku sehingga hari Kiamat kepada anak-anakku.

Leave a Reply

come my plaze